Friday, January 15, 2010

PERAYAAN PONGGAL

Taman Langat Jaya


Ponggal dirayakan oleh orang-orang india berpenganut Hindu di seluruh Malaysia. Malaysia makmor dengan berbagai perayaan, dan semua kaun menghormati dengan anutan masing-masing. Pada 14 Januari 2010 Khamis yang lalu perayaan bermula dan secara besar-besaran disambut dikuil Sungai Sedu dan di beri sokongan dari kerajaan Negeri Selangor. Kehadiran dari pimpinan Kerajaan Selangor, Exco YB Xaviar juga yang menampilkan muka Adun T.Datuk. Dimaklumkan juga sumbangan berbentuk RM telah diterima kepada pihak kuil.

Dan pada 16-01-2010.Sabtu Jam 3ptg dan berakhir jam 7ptg. MPP zon 11 juga mengadakan program yang sama sebagai aktiviti penduduk kawasan zon berkenaan bertempat Taman Langat Jaya, Sungai Manggis.(sepertimana tercatat dipemidang).


Tujuan murni bagi kaum india, setidak-tidak boleh menyedarkan anak-anak muda memahami sejarah bermasyarakat dan juga yang bukan penganut Hindu supaya kenal mengenal. Sepertimana yang saya huraikan dibawah, dapatlah sesama kita memahami, semua kaum untuk hidup dalam berbilang bangsa dengan muhibah dan mempunyai perpaduan.

KEPERCAYAAN HINDU PADA HARI PONGGAL

Ia diadakan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan kaum bukan India. Mengikut adat dan kepercayaan Hindu.


Acara ini mendukung objektif untuk mendedahkan kaum bukan India kepada keunikan perayaan Ponggal. Untuk memasak Ponggal menggunakan dapur tradisional dan bukannya dapur gas.
.
Ponggal dipercayai diasaskan di antara tahun 200 Sebelum Masihi hingga tahun 300 Selepas Masihi dan berasal dari perayaan Tuai Dravidia serta diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi lain.

Penduduk di bahagian selatan Tamil Nadu menyambut perayaan ini seumpama sambutan Tahun Baru. Pelbagai acara seperti pertandingan Jallikattu (pertandingan antara manusia dan lembu) dan Selambam (seni mempertahankan diri) diadakan di Madurai, Tiruchirapalli dan Tanjavur.

Sungguhpun permainan ini tidak menyerlah di Malaysia, namun Ponggal tetap disambut dengan penuh meriah mengikut adat.

Semakin ramai generasi muda menunjukkan minat untuk mengetahui kepentingan jalinan perhubungan setempat, Bhogi secara simbiotik membawa maksud pembuangan sifat-sifat buruk dalam hati.

Ramai pengikut agama Hindu akan menyambut Surya Ponggal di rumah bersama seisi keluarga. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk membuat Ponggal, mereka akan berkunjung ke kuil yang berdekatan.

Seawal pagi, susu dididihkan di hadapan kuil yang dihias dengan tiga batang tebu yang diikat dalam bentuk segi tiga terbuka. Periuk tanah liat diletak di atas kayu api dan dituang dengan susu segar.

Selepas 15 minit menunggu, susu tersebut melimpah keluar sambil disusuli dengan ungkapan
Ponggal O Ponggal, Ponggal O Ponggal,Ponggal O Ponggal, yang disebut sebanyak tiga kali oleh penganut agama Hindu yang mengelilingi kawasan tersebut.

Perbuatan membiarkan susu melimpah ini juga membawa makna bahawa hidup seseorang itu dilimpahi dengan kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan. Susu ini kemudiannya dicampur dengan beras, gula merah, buah pelaga, badam, buah gajus, kismis dan minyak sapi sebelum disembahyangkan serta diedarkan kepada parapenganut.

Selain Sakkarai Ponggal seperti yang disebutkan tadi, terdapat jugaVen Ponggal yang menggunakan ramuan yang sama tetapi gula merah digantikan dengan gula putih. Rava Ponggal menggunakan tepung suji, kacang dal, kacang gajus, daun kari, halia, jintan putih dan lada hitam tanpa susu manakala Khara Ponggal menggunakan ramuan kacang dhal, beras, kacang gajus, jintan putih, lada hitam, cili hijau, kelapa parut serta kunyit tanpa susu.

Pada hari ketiga sambutan Ponggal iaitu Mattu Ponggal atau Ponggallembu, lembu-lembu dimandikan, dibubuh kunyit pada tanduknya dan badan serta dikalungkan dengan bunga. Ponggal yang dimasak juga disuapkan kepada lembu dan haiwan-haiwan ternakan lain.

Lembu dianggap sebagai haiwan yang berjasa dan suci oleh para petani kerana membantu membajak tanah dan memberi susu yang berkhasiat.

Pada hari ini juga, haiwan-haiwan itu dibiarkan berehat.

Ponggal terakhir pada hari keempat ialah Kanni Ponggal. Kanni bermaksud anak dara dan seperti namanya, mereka yang sudah mencapai akil baligh digalakkan untuk memasak Ponggal sama ada di rumah atau beramai-ramai di kuil. Kanni Ponggal juga secara tidak langsung menarik perhatian ibu bapa untuk mencari jodoh untuk anak-anak lelaki mereka.


OLEH ZACK.

Monday, January 11, 2010

NASIHAT PADA WARGA KUALA LANGAT.

Kalau tak nak timbul masalah apabila masalah dah timbul

Setiap kali berurusan dengan pejabat kerajaan tak kirala mana2 jabatan pun, , jangan lupa ambik atau catat nama kakitangan/pegawai yang berurusan dengan kita.

Bukannya ape, nanti kalau timbul masalah pe2, senang kita nak rujuk. Kalau kakitangan/pegawai tersebut enggan nak bagitau nama, bagitau dia tentang perlunya mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 Bahagian III perkara 3.6 tentang perlunya memakai tanda nama sepanjang masa bekerja.

Kalau dia berkeras juga, bagitau dia yang kita nak jumpa ketuanya. Tak ada siapa yang boleh menghalang orang awam nak berjumpa dengan seseorang kakitangan kerajaan termasuklah nak jumpa ketua jabatan.Kalau boleh tengok kat ruang/lobi kaunter jabatan tu, mesti ada carta organisasi jabatan tersebut untuk kita tgk nama ketua2 bahagian atau ketua jabatan. Kalau takda bagitau dia tentang keperluan mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 Bahagian I perkara 1(a) untuk mempamerkan carta organisasi.

Seterusnya kalau dia berkeras juga, pergi ambil borang aduan pelanggan. Tulis dengan jelas dan terang borang aduan anda. Masukkan ke dalam peti aduan pelanggan yang disediakan. Kalau pejabat tu takada borang aduan pelanggan, korang jgn tunggu lagi, pergi ke Biro Pengaduan Awam.. Buat laporan rasmi di biro tersebut.

Aku 'gerenti' jabatan tersebut terpaksa/wajib menjawab aduan anda kepada Biro Aduan tersebut dlm masa 14 hari.


Wednesday, December 23, 2009

TERUS TIDAK MEMBACA, KALAU TAK SUKA!!

Meninjau Pandangan

Kita hidup ada pilihan.

Kita mesti memilih.

Kita boleh pilih salah satu, atau sebahagian, atau semuanya.

Apa yang dipilih, kita ada tanggungjawab di situ.

Akhirnya, kita akan kembali kepada YANG SATU.

Jadi, pilihlah - carilah pedoman untuk memilih.

(MPP Zon>?> MPP Induk>??> PBT ??????)

KERAMAT

Indahnya berjuang di dalam .........

Bukan pangkat dan kuasa yang diidamkan.

Hanya amanah sebagai tanggungan.

Menangisi nasib memimpin.

Bimbang dan takut pada amanah.

Mungkin situasi ini tidak wujud didalam selain jemaah.......

Ia bukan lakonan kerana semua yang ikhlas berjuang itu tahu...amanah adalah sesuatu yang menyesalkan di .......



Saturday, December 19, 2009

Sultan: Keharmonian Punah Tanpa Keadilan

Bersempena sambutan Ma’al Hijrah Peringkat negeri Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah agar rakyat di negeri ini sentiasa menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat yang berbilang kaum.

Baginda bertitah perpaduan yang wujud harus meliputi semua bangsa tanpa mengira agama dan keturunan.

"Bersempena sambutan Ma’al Hijrah 1431 Hijrah yang kita sama-sama sambut hari ini, Beta juga ingin terus mengingatkan supaya kita sentiasa memelihara keharmonian dan kesejahteraan yang sememangnya telah lama kita sama-sama kecapi ini. Pada hemat Beta, perpaduan rakyat di negara kita ini mestilah meliputi semua bangsa dan kaum tanpa mengira agama dan keturunan," titah baginda.

Baginda bertitah ketika menghadiri Majlis Perasmian Masjid India Muslim Tengku Kelana dan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Selangor di Klang hari ini.

Dianggarkan seramai 3000 orang hadir ke perkarangan masjid untuk bersama-sama meraikan sambutan Ma’al Hijrah yang disempurnakan oleh Sultan Selangor.

Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada Tokoh Ma’al Hijrah dan pelajar cemerlang Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Selangor.

Mantan Senator, Hassan Shukri dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Selangor.

Beliau yang merupakan pentadbir Sekolah Agama Darul Tarbiah, Gombak memegang jawatan Senator selama enam tahun.

Penglibatan beliau dalam aktiviti persatuan, politik, dan program peringkat antarabangsa melayakkan beliau menerima anugerah itu.

"Yang pertama saya bersyukur kepada Allah dan menyembah kasih kepada DYMM sultan Selangor yang telah menyampaikan anugerah kepada saya, tokoh maal hijrah 1431 Hijrah," kata beliau.

Beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan cenderahati.

Ditanya apa yang akan dilakukan dengan wang saguhati yang diterima, beliau berkata,

"Bagi saya tiada apa insyallah itu perkara biasa dan saya syukur lah. Mudah-mudahan kita akan gunakan juga sedikit sebanyak akan saya sumbangkan," katanya.

Seramai 13 orang pelajar cemerlang di sekitar Selangor turut menerima wang tunai RM3,000 dan cenderahati sebagai tanda penghargaan oleh DYMM Sultan Selangor.
- Hadri Yaziz

Wednesday, December 16, 2009

PAKATAN RAKYAT TIDAK AMAL KRONISME PEMBERIAN KONTRAK

Dakwaan kronisma yang dilemparkan terhadap Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor tidak berasas sama sekali dan berniat jahat, tegas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menegaskan pemilihan kontraktor di peringkat pihak berkuasa tempatan dibuat secara telus tanpa unsur pilih kasih seperti yang mencemar institusi penjawat awam di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional lalu.

Saya ingat perkara ini bukan aneh, sebab sebelum ini untuk ditandatangani borang-borang itu pula perlu ditandatangani oleh Adun-Adun ataupun Ahli Parlimen Barisan Nasional jadi saya mengarahkan mengikut alasan yang dibuat oleh Barisan Nasional dulu sebab alasan mereka ialah dia terpaksa gunakan Adun-Adun dan Ahli Parlimen itu sebab Adun-Adun itu lebih kenal dengan kerajaan negeri”, kata Khalid.

Golongan tertentu mempersoalkan prosedur yang menuntut borang pendaftaran kontraktor di peringkat PBT memerlukan sokongan Adun dan Ahli Parlimen.

Tan Sri Khalid berkata prosedur ini digunapakai hasil dari input yang diberikan pegawai-pegawai daerah dalam sidang Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) September lalu.

Beliau menambah setiap Adun dan Ahli Parlimen sudahpun diberi peruntukan untuk menyediakan Pusat Khidmat Masyarakat masing-masing.

“Sekarang atas sebab itu, sebab yang diberikan oleh Barisan Nasional itu saya gunakan sebab itu saya rasa munasabah dan semua borang-borang itu ditandatangani oleh Adun-Adun dan juga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat”, jelasnya lagi. - NIZAM (TVS)

Tuesday, December 15, 2009

Bangunan Sultan Suleiman Diisyitihar Sebagai Warisan Kebangsaan

Bangunan Sultan Suleiman di Klang hari ini menjadi bangunan warisan sejarah pertama di Selangor selepas diisytihar sebagai warisan kebangsaan.

Majlis pengisytiharaan tersebut telah disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di perkarangan Bangunan Sultan Suleiman pagi tadi.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Saei Kie berkata Bangunan Sultan Suleiman adalah permata kesenian Tanah Melayu, memaparkan sentuhan neo-klasik yang dipadankan pada nilai praktikal melalui struktur dan fasadnya yang begitu menyerlah.

Heng berkata demikin ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan Bangunan Sultan Suleiman di, Klang hari ini.

“Kriteria warisan tersebut menjadi semakin penting apabila digandingkan dengan memori sejarah kegunaan bangunan ini. Kepentingannya sebagai bangunan pentadbiran telah dapat dibuktikan, maka sewajarlah bangunan ini merupakan kebanggaan yang harus dilindungi, dipelihara dan dipulihara”,katanya.

Hadir sama Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Ibni Armahum Sultan Salahuddin Shah Alhaj, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara dan Datin Paduka Profesor Emeritus Zuraina Majid.

Bangunan yang kini berusia 100 tahun ini telah dibina pada tahun 1909 semasa pemerintahan Sultan Sir Ala’eddin Suleiman Shah yang memerintah dari tahun 1898.

Pernah dijadikan rumah rehat hingga tahun 1948, bangunan yang penuh sejarah ini pernah berfungsi sebagai Pejabat Agama Islam Daerah dan Mahkamah Syariah Daerah Klang serta Cawangan Majlis Perbandaran Klang.

Ia juga pernah dijadikan Markas Pemerintah Tentera Jepun pada 1941.

Kini bangunan yang terletak di Klang ini telah bertukar fungsi dan dijadikan sebagai Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz bagi mengabadikan kemasyuran Institusi Diraja Selangor.

Sementara itu,Profesor Zuraina pula berkata sehingga ini, sebanyak 21 warisan sejarah di Selangor sedang dalam proses diisytihar sebagai warisan.

“Untuk status warisan sebanyak 21 bangunan di negeri Selangor adalah dalam proses penwartaan,untuk status kebangsaan pula Bangunan Sultan Suleiman adalah yang pertama diiktiraf di negeri Selangor daripada 26 buah bangunan warisan kebangsaan diseluruh Malaysia",katanya.

Dalam ucapannya, Zuraina turut mengalu-alukan pencalonan daripada semua pihak sama ada daripada kerajaan negeri, swasta atau badan bukan kerajaan serta mana-mana individu untuk sama-sama menambahkan senarai warisan dalam Daftar Warisan Kebangsaan.

Katanya cadangan pencalonan boleh dibuat dengan mengisi borang terkandung di laman sesawang Jabatan Warisan Negara.


Sunday, December 13, 2009

Khalid: Titah Sultan Inspirasi Kerajaan Negeri

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya pemimpin kerajaan negeri menumpukan agenda pembangunan memakmurkan negeri.

Beliau berkata titah Sultan itu bakal menjadi inspirasi kepada kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan urustadbirnya untuk berusaha dengan lebih gigih.

Khalid turut menyifatkan titah berkenaan sebagai pandangan ikhlas Sultan bagi memakmurkan rakyat di bawah naungannya.

“Tuanku Sultan mengingatkan pegawai-pegawai kerajaan mesti mempunyai kerjasama pada pemerintah yang ada sekarang. Ia satu pandangan Sultan bukanya untuk menunjukkan perbezaan Sultan dengan Menteri Besar.

“Bukan tahun ini sahaja, saya dapati titah Tuanku sejak tahun 2003. Tuanku sebagai raja di Selangor sentiasa mengingatkan Menteri Besar, pegawai-pegawai kerajaan dan pihak swasta supaya berusaha membangunkan Selangor, lebih banyak membuat kerja dan kurang berpolitik,” katanya.

Semalam Sultan Sharafuddin bertitah supaya pemimpin kerajaan negeri menumpukan agenda pembangunan memakmurkan negeri berbanding pergolakan politik yang melanda muktahir ini.

Tuanku turut mengingatkan sebarang permasalahan tidak diperbesarkan sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan rakyat.

Khalid berkata, kerajaan negeri sentiasa mentaati titah Sultan terutamanya dalam mengagih kekayaan negeri yang direalisasikan melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Tujuan Sultan supaya kita dapat bersama-sama di bawah naungan Tunku dapat menghasilkan pembangunan terbaik buat rakyat. Ucapan Tuanku selari dengan ucapan Menteri Besar,"katanya.