Monday, January 11, 2010

NASIHAT PADA WARGA KUALA LANGAT.

Kalau tak nak timbul masalah apabila masalah dah timbul

Setiap kali berurusan dengan pejabat kerajaan tak kirala mana2 jabatan pun, , jangan lupa ambik atau catat nama kakitangan/pegawai yang berurusan dengan kita.

Bukannya ape, nanti kalau timbul masalah pe2, senang kita nak rujuk. Kalau kakitangan/pegawai tersebut enggan nak bagitau nama, bagitau dia tentang perlunya mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 Bahagian III perkara 3.6 tentang perlunya memakai tanda nama sepanjang masa bekerja.

Kalau dia berkeras juga, bagitau dia yang kita nak jumpa ketuanya. Tak ada siapa yang boleh menghalang orang awam nak berjumpa dengan seseorang kakitangan kerajaan termasuklah nak jumpa ketua jabatan.Kalau boleh tengok kat ruang/lobi kaunter jabatan tu, mesti ada carta organisasi jabatan tersebut untuk kita tgk nama ketua2 bahagian atau ketua jabatan. Kalau takda bagitau dia tentang keperluan mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 Bahagian I perkara 1(a) untuk mempamerkan carta organisasi.

Seterusnya kalau dia berkeras juga, pergi ambil borang aduan pelanggan. Tulis dengan jelas dan terang borang aduan anda. Masukkan ke dalam peti aduan pelanggan yang disediakan. Kalau pejabat tu takada borang aduan pelanggan, korang jgn tunggu lagi, pergi ke Biro Pengaduan Awam.. Buat laporan rasmi di biro tersebut.

Aku 'gerenti' jabatan tersebut terpaksa/wajib menjawab aduan anda kepada Biro Aduan tersebut dlm masa 14 hari.


1 comment:

  1. APA T/JAWAB YDP?APA PERANAN AHLI MAJLIS?

    Laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 29/4/10.Ahli Majlis menggesa YDP mengambil tindakan kehadiran lembu-lembu di kawasan pentadbiran Majlis Daerah.

    Kenapa begitu singkat pemikiran mereka yang bertanggungjawab di dalam Pentadbiran Majlis Daerah dan apa perananAhli-Ahli Majlis?

    Sila dapatkan laporan dari Balai Polis berdekatan,setiap hari berapa ekor lembu mati di langgar kenderaan?

    Apakah mesyuarat penuh majlis hanya memikir dan berbincang perkara remeh seperti itu?Tidak di nafikan perkara tersebut juga adalah masalah yang patut di selesaikan.Tetapi adakah judi haram yang di LAPORKAN hanya dipandang sebelah mata sahaja?

    Kita akui tindakan telah di ambil oleh pihak PBT,tetapi kalau hanya nak tutup mata.lebih bail tak payah buat.Jangan habiskan duit PBT bayar overtime.

    Hari ini datang serbu tempat-tempat tersebut,rampas barang_barang.tetapi bagaimana esok dah buka semula? ADA APE-APE KE?

    Tauke-tauke makin berkereta besar,rakyat makin kebulur.Mana tidak nya,hari ini dapat gaji,labor di mesin judi,balek rumah tak berjudi.Habis dirembat semua.Dapat motor,motor lah,dapat basikal,basikal lah.Paling mudak ragut handbag perempuan,janji dapat duit.

    Ada pehak-pehak berkuasa ,mesyuarat bincang lembu berkaliaran,sukaneka dan benda-banda remeh,sedangkan pada waktu yang sama mat-mat PIT mesyuarat juga bagaimana nak masuk rumah orang untuk dapat duit guna untuk berjudi dan menagih benda tu lah.

    Bagi penduduk kawasan taman,cukai pintu perlu dibayar.Tapi duit cukai guna bayar gaji kakitangan yang buat kerja setakat tutup mata saja.Apa manfaat pada rakyat?TOLONG LAH !!! jangan sampai kita dapat bukti untuk kita lapor pada SPRM dan kita tolak tuan-tuan PRU 13 nanti.

    Anti Dadah Anti Judi

    ReplyDelete