Friday, January 15, 2010

PERAYAAN PONGGAL

Taman Langat Jaya


Ponggal dirayakan oleh orang-orang india berpenganut Hindu di seluruh Malaysia. Malaysia makmor dengan berbagai perayaan, dan semua kaun menghormati dengan anutan masing-masing. Pada 14 Januari 2010 Khamis yang lalu perayaan bermula dan secara besar-besaran disambut dikuil Sungai Sedu dan di beri sokongan dari kerajaan Negeri Selangor. Kehadiran dari pimpinan Kerajaan Selangor, Exco YB Xaviar juga yang menampilkan muka Adun T.Datuk. Dimaklumkan juga sumbangan berbentuk RM telah diterima kepada pihak kuil.

Dan pada 16-01-2010.Sabtu Jam 3ptg dan berakhir jam 7ptg. MPP zon 11 juga mengadakan program yang sama sebagai aktiviti penduduk kawasan zon berkenaan bertempat Taman Langat Jaya, Sungai Manggis.(sepertimana tercatat dipemidang).


Tujuan murni bagi kaum india, setidak-tidak boleh menyedarkan anak-anak muda memahami sejarah bermasyarakat dan juga yang bukan penganut Hindu supaya kenal mengenal. Sepertimana yang saya huraikan dibawah, dapatlah sesama kita memahami, semua kaum untuk hidup dalam berbilang bangsa dengan muhibah dan mempunyai perpaduan.

KEPERCAYAAN HINDU PADA HARI PONGGAL

Ia diadakan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan kaum bukan India. Mengikut adat dan kepercayaan Hindu.


Acara ini mendukung objektif untuk mendedahkan kaum bukan India kepada keunikan perayaan Ponggal. Untuk memasak Ponggal menggunakan dapur tradisional dan bukannya dapur gas.
.
Ponggal dipercayai diasaskan di antara tahun 200 Sebelum Masihi hingga tahun 300 Selepas Masihi dan berasal dari perayaan Tuai Dravidia serta diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi lain.

Penduduk di bahagian selatan Tamil Nadu menyambut perayaan ini seumpama sambutan Tahun Baru. Pelbagai acara seperti pertandingan Jallikattu (pertandingan antara manusia dan lembu) dan Selambam (seni mempertahankan diri) diadakan di Madurai, Tiruchirapalli dan Tanjavur.

Sungguhpun permainan ini tidak menyerlah di Malaysia, namun Ponggal tetap disambut dengan penuh meriah mengikut adat.

Semakin ramai generasi muda menunjukkan minat untuk mengetahui kepentingan jalinan perhubungan setempat, Bhogi secara simbiotik membawa maksud pembuangan sifat-sifat buruk dalam hati.

Ramai pengikut agama Hindu akan menyambut Surya Ponggal di rumah bersama seisi keluarga. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk membuat Ponggal, mereka akan berkunjung ke kuil yang berdekatan.

Seawal pagi, susu dididihkan di hadapan kuil yang dihias dengan tiga batang tebu yang diikat dalam bentuk segi tiga terbuka. Periuk tanah liat diletak di atas kayu api dan dituang dengan susu segar.

Selepas 15 minit menunggu, susu tersebut melimpah keluar sambil disusuli dengan ungkapan
Ponggal O Ponggal, Ponggal O Ponggal,Ponggal O Ponggal, yang disebut sebanyak tiga kali oleh penganut agama Hindu yang mengelilingi kawasan tersebut.

Perbuatan membiarkan susu melimpah ini juga membawa makna bahawa hidup seseorang itu dilimpahi dengan kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan. Susu ini kemudiannya dicampur dengan beras, gula merah, buah pelaga, badam, buah gajus, kismis dan minyak sapi sebelum disembahyangkan serta diedarkan kepada parapenganut.

Selain Sakkarai Ponggal seperti yang disebutkan tadi, terdapat jugaVen Ponggal yang menggunakan ramuan yang sama tetapi gula merah digantikan dengan gula putih. Rava Ponggal menggunakan tepung suji, kacang dal, kacang gajus, daun kari, halia, jintan putih dan lada hitam tanpa susu manakala Khara Ponggal menggunakan ramuan kacang dhal, beras, kacang gajus, jintan putih, lada hitam, cili hijau, kelapa parut serta kunyit tanpa susu.

Pada hari ketiga sambutan Ponggal iaitu Mattu Ponggal atau Ponggallembu, lembu-lembu dimandikan, dibubuh kunyit pada tanduknya dan badan serta dikalungkan dengan bunga. Ponggal yang dimasak juga disuapkan kepada lembu dan haiwan-haiwan ternakan lain.

Lembu dianggap sebagai haiwan yang berjasa dan suci oleh para petani kerana membantu membajak tanah dan memberi susu yang berkhasiat.

Pada hari ini juga, haiwan-haiwan itu dibiarkan berehat.

Ponggal terakhir pada hari keempat ialah Kanni Ponggal. Kanni bermaksud anak dara dan seperti namanya, mereka yang sudah mencapai akil baligh digalakkan untuk memasak Ponggal sama ada di rumah atau beramai-ramai di kuil. Kanni Ponggal juga secara tidak langsung menarik perhatian ibu bapa untuk mencari jodoh untuk anak-anak lelaki mereka.


OLEH ZACK.

No comments:

Post a Comment