Friday, December 4, 2009

PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN WANITA

Hari ini 5.12.2009 MPP Zon 11 telah menganjurkan Program Kesedaran Kesihatan Wanita di Balai Raya Taman Langat Jaya dengan kehadiran menggalakkan. Program ini perlu lagi diperluaskan untuk pengetahuan penjagaan rapi untuk kesihatan yang sihat.

Program ini dijayakan bersama Pertubuhan Wanita dan Kesihatan (WAKE) dari Kuala Lumpur dengan kerjasama MDKLgt.Program Kesedaran Kesihatan Wanita bermula dari jam 9 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.




Ahli Majlis Zon 11, Cik Janarthani memberi ucapan pembuka program.

Bambar bawah: Barisan WAKE yang terlibat menyempurnakan program Kesedaran Kesihatan Wanita.



Sdr Abdul Razak di beri laluan memberi ucapan sepatah dua kata kepada peserta kerana sanggup meluangkan masa untuk hadir menimba ilmu. Dalam ucapan beliau, beliau banyak menyentuh kenapa perlu mencegah AID dan menasihatkan agar program seperti ini diteruskan kepada seluruh rakyat. Pengetahuan penjagaan mengenai kesihatan dalaman, yang jarang-jarang dianjurkan adalah amat baik kepada remaja-remaja yang akan mendirikan rumah tangga. Beliau juga mengalu-alukan kepada peserta yang hadir agar sampaikan maklumat yang dipelajari pada hari ini kepada kawan-kawan yang tidak dapat hadir. Beliau juga mengucapkan kepada JawatanKuasa MPP zon 11 yang begitu prihatin masaalah AID yang menular dan berjaya menganjurkan serta peserta yang hadir amat membanggakan.






No comments:

Post a Comment