Monday, December 7, 2009

MEMORANDUM PENDUDUK HARI INI, NAMPAKNYA DIAMBIL KIRA.

MEMORUNDOM

MASAALAH PENDUDUK

BERLARUTAN SEJAK SETAHUN LEBIH.

07.DESEMBER.2009. ISNIN.

Kepada yang berkenaan

Lawatan Alam Sekitar bersama MPP zon 11/ Ahli Majlis Zon 11 serta wakil penduduk hadir di kilang haram kg Tg 12 yang sedang beroperasi pagi tadi. Didapati kilang itu tutup seperti tidak beroperasi untuk melindung daripada dikesan pihak berkuasa. Walau apapun pihak Ahli Majlis dan Alam Sekitar dapat masuk dan melihat sendiri apa yang berlaku sepertimana aduan penduduk.

Setelah siasatan dilakukan, semua yang terlibat bergegas ke pejabat MDKLgt kerana pihak kontraktor binaan yang bertanggungjawab sedang berada di pejabat MDKLgt berjumpa dengan Ketua Jabatan Perlesenan dan Kesihatan. Setelah pihak kami sampai dan masuk kepajabat Ketua Jabatan tersebut, didapati pula Ketua Jabatan tersebut dan Ketua PenguatKuasa berada bersama.

Keperluan perbincangan dengan kontraktor binaan adalah tidak perlu. Kerana perbincangan itu melibatkan masaalah operasi pengeluaran. Sepatutnya perbincangan hendaklah berkisar kepada mengapa bangunan belum dilulus, pada masa yang sama kilang telah beroperasi? Dan sepatutnya Pihak berkuasa Perlesenan MDKLgt mengambil tindakan (saman dan hentikan operasi) kepada kontraktor binaan kerana membenar kilang beroperasi sebelum tugas kontraktor binaan siap dan mendapat kelulusan.

Masalah berbangkit kerana aduan dari penduduk, kilang beroperasi mengeluarkan bau busuk, bunyi bising dan sisa buangan tidak mengikut peraturan.

Dalam soal ini ada beberapa kesalahan yang sepatutnya diambil tindakan terhadap kilang tersebut.

Kilang beroprasi sebelum kontraktor binaan menyiapkan kerja

Kilang beroperasi tidak mengikut kehendak dari Jabatan Perlesenan MDKLgt mengikut Garis Panduan.

Kilang masih beroperasi kerana pihak PenguatKuasa hanya mengeluarkan saman biasa dan berkemungkinan laporan dari PenguatKuasa tidak tepat seperti yang dilihat.

Dan adakah pihak Perlesenan dan Kesihatan sendiri meninjau sebelum mengeluarkan lesen.

Kerana lesen yang dikeluarkan tidak menepeti bahan pengeluaran. (lesen bahan simen) Perlu bertanggungjawab.

Walauapapun keputusan penduduk hari ini, kilang tersebut diteliti dengan adil. Dan keputusan yang bijak perlu diambil untuk DITUTUP DAN TIDAK BEROPERASI SEMENTARA dan selesai semua mengikut kehendak Garis Panduan MDKLgt dan dinilai semula bersama penduduk.

Penduduk menghormati peruntukan MDKLgt untuk pendapatan MDKLgt, tetapi masaalah penduduk sekitar perlu di ambil kira.


PENDUDUK TANJUNG 12 MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA BEROPERASI.

.......................................................................................................................................

Hari ini: 7DIS - Klik lihat Video.Kerajaan Selangor Keluarkan Garis Panduan Program Pemutihan Kilang Haram; Di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional, statistik dari tahun 2006 menunjukkan 2,370 kilang di Selangor beroperasi tanpa kebenaran.

Perbincangan pagi tadi 7.12.2009. Isnin di bilik Pejabat Ketua Jabatan Perlesenan dan Kesihatan. Ada bersama En. Aziz, En. Hissammudin, Konteraktor Binaan dan Ahli Majlis (Cik Janarthani)


Tidak kelihatan dalam gambar diatas, wakil penduduk dan 2 pegawai Alam Sekitar.

Dalam keputusan perbincangan, dengan kata putus mengambil pendekatan pada jam 2.30 petang semua yang terlibat akan berada di tapak kilang haram untuk keputusan muktamat.

Ketua Jabatan Perlesenan dan Kesihatan (En Aziz) telah mengakui kesilapan mengeluarkan lesen dan telah menarik balik lesen bahan simen. Dan kilang itu bukang lagi dengan apa yang dimaksudkan oleh En Aziz dalam kategeri Kilang Dalam Pemutihan. Dengan itu, maka kilang itu adalah KILANG HARAM. Kata En Aziz.

En Aziz juga berkata, beliau memohon maaf kepada penduduk kerana terlepas pandang, kerana sikap beliau percaya kepada pegawai yang diberi tugas untuk memantau.

Keputusan yang diambil segera oleh En Aziz, tepat jam 3.30 pm operasi kilang DITUTUP dan TIDAK BEROPERASI dengan kawalan Pegawai PenguatKuasa MDKLgt untuk sentiasa berada dikilang sehingga bangunan kilang itu mendapat kelulusan sewajarnya serta menepati kehendak peraturan keselamatan terjamin.

Gambar atas. Salah seorang wakil penduduk kecewa sikap pengusaha kilang yang kurang prihatin dan masaalah ini didengari oleh pegawai-pegawai dari MDLKgt sendiri. Beliau juga berkata, telah beberapa kali membuat aduan sepertimana (Klik sini)


Bambar bawah. Pengusaha kilang (Mr Lee) Berkata sesuatu untuk kepentingan perniagaan nya tanpa kepedulian masaalah penduduk.

Gambar bawah. Kontraktor Binaan Bangunan berkata sesuatu tanpa melihat kesalahan beliau membenar kilang beroprasi ketika beliau belum siap sepenuhnya untuk beroprasi. Wajar pihak berkuasa MDKLgt mengambil tindakan kepadanya. Kepada En Aziz semak semula peraturan undang-undang.


Gambar dibawah. Pegawai-pegawai yang melihat sendiri sandiwara seloka pihak kilang atau sebaliknya bahan-bahan pengeluaran yang dimaksudkan Bahan Simen sepertimana Lesen BAHAN SIMEN dikeluarkan. Sebaliknya fibergalss spirit.











Gambar Bawah. Inilah rupanya rumah paip bomba yang dimaksudkan oleh pengusaha kilang/kontraktor binaan. Apabila ditanya berfungsi atau tidak? beliau berkata tidak berfungsi.



No comments:

Post a Comment