Friday, December 4, 2009

PENDUDUK KAMPONG TANJUNG 12 BERTEMU AHLI MAJLIS ZON 11.

Sekali lagi pada sekitar jam9 malam penduduk Kampong Tanjung 12 berkumpul dan menyambut baik kehadiran Cik Janarthani sebagai Ahli Majlis kerana ingin mengambil tanggungjawab dengan masaalah yang dihadapi oleh penduduk. Hampir 60 orang yang berkumpul menanti kehadiran Ahli Majlis dan berkeadaan aman. Bagi beliau, dimana sahaja dalam kawasan Kuala Langat yang membuat aduan kepadanya, itu adalah satu tanggungjawab yang perlu dititik beratkan.

Oleh kerana masaalah alam sekitar yang tercemar sejak adanya kilang beroperasi disitu, masaalah ini amat mengancam ketenteraman/ keselesaan dan kesihatan penduduk, kata En Muthu.

Ketika sesi taklimat dari Cik Janarthani semasa memberi penerangan kepada penduduk atas segala masaalah yang dihadapi, beliau berjanji akan selesaikan secepat mungkin dan akan meneliti kaedah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh MDKLgt. Beliau juga merasa kesal kerana perkara ini telah dibangkitkan sejak lama dulu dan memohon maaf bagi pihak kerajaan.






Lebih kurang jam 10 malam, semua penduduk yang berkumpul di hadapan pintu kilang, setelah mendengar taklimat penerangan, dan bagi pihak kerajaan, merasa kesal apa yang berlaku terhadap penduduk.

Semua yang hadir menerima pandangan dan faham serta mengucapkan terima kasih kepada wakil pihak kerajaan (Cik Janarthani) dan bersurai.

Sementara itu juga, setelah MPP Zon 11menerima aduan dari orang ramai masaalah kedai Judi dikawasan Zon 11, Cik Janarthani terus meninjau dan didapati benar . Perkara ini akan dipanjangkan dengan tindakan, kata Cik Janarthani.


No comments:

Post a Comment