Thursday, December 3, 2009

KILANG HARAM BEROPRASI

Semalam penduduk Kg Tg 12, yang diketuai oleh Sdr En Muthu dan rakan-rakan telah membuat aduan bau busuk yang terhasil dari pencemaran kilang haram berhampiran rumah penduduk. Bangunan kilang tersebut, yang berdekatan jarak rumah penduduk amat tidak sesuai. Penduduk yang sejak berpuluh tahun tinggal disitu merasa kesal kerana pihak berkuasa sebelun PR memerintah telah tidak memantau pembangunan haram yang pembangunan dibuat sebelum kelulusan pihak berkuasa.

Penduduk yang bertanggungjawab telah menalipon kepada Ahli Majlis Zon 11 ,dan zon 10 untuk datang melihat sendiri. Tanggongjawab ini diambil berat oleh MPP zon 11 untuk hadir bertemu dengan penduduk pada malam itu juga. MPP zon 11 berjanji akan ketengahkan/panjangkan kepada YDP dan yang bertanggungjawab untuk siasatan.






Pada pagi tadi pihak berkuasa MDKLgt turun ketempat kilang tersebut dan meneliti apa yang sebenar berlaku dan didapati amat mengecewakan penduduk kerana selama ini tindakan yang dibuat pihak penguatkuasa adalah tidak telus. Banyak perkara-perkara yang bercanggah dengan garis panduan MDKLgt. Siapa yang perlu dipersalahkan?




Bangunan kilang yang tidak mempunyai CF.


Pegawai Penguat Kuasa MDKLgt bersama Alam Sekitar dan pengusaha kilang berbincang masaalah aduan.
Pekerja kilang sedang bekerja tanpa alat keselamatan.

Inilah Lesen yang dikeluarkan oleh Perlesenan dari MDKLgt dengan tulisan tangan.







No comments:

Post a Comment