Tuesday, December 1, 2009

BERITA BAIK BUAT KAWASAN PENDUDUK KAMPONG SUNGAI SEDU.

Buat penduduk Kg Sg Sedu amat mengharapkan akan menjadi kenyataan tetapi apa yang berlaku rata-rata penduduk yang tinggal sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu tidak mengetahui sesi temuduga ini berlaku. Atau pun sengaja tidak diberitahu dari orang berkepentingan. Harap-harap tidaklah begitu.

Berita membanggakan yang berlaku iaitu, sesi temuduga di bangunan pentadbiran kerajaan negeri (SUK) untuk memilih ketua komuniti kaum India bagi 42 kampung dan kawasan perumahan yang ramai masyarakat India di seluruh Selangor.

Julung- julung kalinya kerajaan Pakatan Rakyat melantik ketua komuniti yang mewakili masyarakat India sebagai sebahagian dari struktur pentadbiran di negeri Selangor.

Sesi temuduga tersebut dijalankan pada semalam dan kelmarin yang dihadiri oleh 90 orang calon, demikian menurut kenyataan sekretariat akhbar kerajaan negeri hari ini.

Mereka ditemuduga oleh panel pemilihan yang diketuai exco kerajaan negeri Yaakub Sapari dan Dr Xavier Jayakumar serta pembantu exco yang juga ADUN Sri Muda, Suhaimi Shafie.

Mereka dibantu oleh ketua penolong pegawai daerah serta penghulu mukim daerah masing-masing serta pegawai seksyen pihak berkuasa tempatan, Upen.

Antara lain matlamat perlantikan ini adalah untuk membolehkan kerajaan negeri menyampaikan maklumat kepada masyarakat India akar umbi melalui ketua-ketua komuniti yang akan dilantik nanti.

No comments:

Post a Comment