PENDUDUK KG TG 12 GEMBIRA
Hari ini penduduk Kg Tg 12 merasa gembira kerana selama ini kilang yang beroperasi disebelah rumah penduduk, telah diambil kira oleh pihak MDKLgt. Penduduk sekitar mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis yang terlibat, kerana mengambil tindakan segera keatas aduan mereka.
Walaupun kilang itu tidak ditutup sepenohnya, rasa kegembiraan penduduk amat terasa. Bunyi bising, tidak kedengaran lagi serta bau busuk sudah tiada kerana kilang itu sudah menghentikan kerja-kerja spirit dan kimpalan. (kata En Muthu)
Dan hari ini juga tindakan mengorek parit asal, yang ditimbus oleh pengusaha kilang telah dilaksanakan dan kos bayaran kerja dibayar oleh pengusaha kilang tersebut. Oleh itu pengaliran air yang tersekat punca sisa kerja kilang itu mengalir keluar dan juga sudah tidak ada bau busuk serta nyamok/jentik-jentik mungkin tidak bersarang lagi dilongkang yang bertakong sejak lama dulu.
Akibat dari beroperasinya kilang itu, masaalah pencemaran yang dialami penduduk telah menjadi marah. Walau apapun penduduk bertindak waras, dan melaporkan masaalah pencemaran yang hasil kerja kilang tidak mengikut peraturan PBT kepada pihak berkuasa sehingga berjaya dengan tindakan.
Gambar bawah en. Muthu dan en. Ramas mengorek tanah menggunakan cangkul kerana parit melingtang arus kabel letrik serta paip air. Nampaknya kerja sukarela je tu! Tahniah kepada mereka ini, kerana ada semangat membantu.
Inilah gambar longkang yang dibina oleh pengusaha kilang, tidak mengikut plan yang dikehendaki oleh pihak PBT (JPS). Airnya busuk berwarna hitam kerana bertakong dan banyak nyamok sejak lama dulu. Pengusaha kilang ini tidak bertanggungjawab.




No comments:
Post a Comment