Wednesday, December 9, 2009

MAJLIS PROGRAM PENERANGAN/ SESI DAILOG .


Usaha gigih Ahli Majlis Zon 11,(sebagai jawatankuasa untuk kaum) Cik Janarthani telah berjaya untuk mengadakan Program Penerangan dan sesi dailog kepada Penduduk Tg 12 pada hari ini 9.12.2009. Selasa bermula Jam 8 malam di kawasan lapang kampong tersebut.
Kehadiran pada malam itu dan telah dijemput Ahli Majlis, Ketua Jabatan berkenaan serta penduduk yang ingin penjelasan.
Dengan kebertanggungjawaban MDKLgt, pihak Majlis telah menyediakan tempat dan persiapan program pada malam itu.
Saudara Abdul Razak di beri peluang oleh penduduk Kg Tg12 untuk menyuarakan sesuatu. Sdr Razak memehak kepada keadilan untuk semua kepada pembangunan insan. Kerajaan PR besikap terbuka untuk ketelusan. Dan petikan ucapan sdr Razak berbunyi begini:

Jangan jadi seperti jual ubat korap ditepi jalan. Saya bukan nak bercakap pasal politik disini. Tetapi kerana ada parti politik, maka ada kerajaan hari ini.

Berbalik pada Aduan kilang yang beroperasi, yang melibatkan hak asasi penduduk, telah saya dan persatuan penduduk ajukan sejak lama dulu. Kalau tidak silap awal tahun 2008. Saya ada juga muatkan berita ini dalam web saya (HANYAR). Nampaknya tidak diendahkan sebelum YDP yang baru. Hanya tindakan saman, yang bagi saya adalah tidak sesuai.

Pemilik kilang ini juga telah beberapa kali berbincang dgn saya masaalah kilang beliau. Dan saya menasihati beliau untuk menyiapkan kerja pembinaan mengikut kehendak plan yang sah. Dan saya tidak bersetuju untuk berbincang bagi pihak kepentingan kilang kepada membawa masaalah menjadi rumit kepada penduduk. Bagi saya adalah tidak adil.

Perkara ini menjadi senyap sejak beberapa bulan yang lalu, dan saya merasa sudah tindakan diambil dari pihak Berkuasa. Rupanya pada beberapa malam yg lalu, ada panggilan dari penduduk mengadu perkara yang sama hal ini pada saya.Saya dan A/Majlis zon 11 datang ketika itu serta mendengar keluhan mereka.

Kali ini, saya diminta oleh Ahli Majlis Zon 11, pada penggal ke2nya supaya saya berada dalam MPP zon 11, apa salahnya saya berjuang sekali lagi, untuk penduduk yg sama-sama hendakkan keadilan.

Saya tidak marah pada sesiapa yang hendak menjadi hero dalam hal ini, yang penting kerja jalan dengan adil. Dan Nasihat saya jangan menindas kawan atau memburuk-burukan kawan.

Oleh kerana saya terlibat dengan MPP zon 11, saya mohon diambil berat ucapan saya ini. Dan saya ingin menarik perhatian semua. Iaitu Kg Tg12 , adalah kawasan zon 10, tidak bermakna MPP zon 11 tidak boleh membantu hak penduduk diKg Tg12, jika diberi kepercayaan dan meminta bantuan.

Saya bergerak seperti serampang 2 mata, begitu juga bos saya Cik Janarthani yang begitu gigih untuk kebaikan bersama.

Kalaulah sikap kami dari zon 11, dimanipulasikan. Tidak salah saya berkata Ahli Majlis tidak di beri kerjasama oleh ketua-ketua Jabatan. Walau bagaimanapun jadikanlah ini sebagai untuk berubah kepada kebaikan terhadap amanah kerja untuk rakyat.

Walau apapun saya menasihatkan juga pada orang ramai/ penduduk bermasaalah ada sefahaman.Dan kepada Ahli Majlis- Ahli Majlis, gunalah Garis Panduan MPP dengan tertib. Adakan masyuarat MPP zon setiap kali masaalah kawasan berbangkit dan bawa kemasyuarat MPP Induk.

Jika Garis Panduan MPP diguna pakai dengan baik, mungkin masaalah penduduk seperti malam ini tidak berbangkit lagi setelah PR memerintah.

Disamping itu juga penduduk menyuarakan 5 soalan yang perlu dijawab dari pihak berkuasa yang berbunyi;


Slide 1
1- Bilakah permohonan pembinaan bangunan kilang itu dibuat olih pengusaha kilang pada pihak berkuasa MDKLgt?

2- Pengusaha kilang perlu membuat permohonan untuk pembinaan kilang ditanah persendirian dengan ajensi mana? dan berapa ajensikah yang terlibat untuk dibuat permohonan?

3- Untuk pengetahuan, difahamkan kilang itu masih dalam pembinaan yang perlu disiapkan. Mengapakah operasi pengeluaran boleh diluluskan untuk MDKLgt keluarkan lesen Majlis?

4- Untuk pengetahuan lagi, aduan kilang haram itu telah beberapa kali diajukan, samaada melalui talipon, berjumpa sendiri dengan pihak berkuasa dan mempunyai bukti ada aduan bertulis kepada pihak MDKLgt. Mengapa tindakan tidak diambil dengan segera?

5-Apakah kepentingan MDKLgt kepada kilang itu? Dan bagaimana pula dengan kepentingan penduduk ?

5 soalan ini perlu dijawab secara bertulis kepada penduduk seberapa segera.
Dan teks soalan telah diberi kepada Ketua Jabatan yang hadir pada malam itu.


Diharap Program ini akan terus berjaya dan masaalah penduduk akan menjadi selesai dari Hak Asasi Manusia (HAM).


No comments:

Post a Comment