25/ Nov/2009 Rabu.
Masyuarat Ahli Majlis berlangsung dan beliau menghadiri pada masyuarat itu.
Ahli Majlis Zon11 dan
Jawatakuasa Kecil Tender.
Pengerusi
Majlis Perwakilan Penduduk
(MPP Zon11)
:: Siaran Ulangan Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kedua Persidangan Dewan Negeri Selangor Ke-12 Tahun 2009 ::
KE ARAH PELAKSANAAN LOCAL AGENDA 21
1- PENGENALAN
Majlis Perwakilan Penduduk(MPP) Kuala Langat diguna pakai dari dasar BN yang ditubuhkan pada 2005.MPP Zon dibahagikan kepada 24 zon untuk melincinkan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat. Keluasan daerah Kuala Langat 857.70 km persegi dan jumlah penduduk sekitar seramai 239,700 orang.
2- FUNGSI DAN TUJUAN PENUBUHAN MPP.
Memperkukuh dan memperkemaskan fungsi dan tugas Ahli Majlis sebagai ejen yang menghubungkan diantara Majlis dan penduduk.Menjadi ejen perantara penyalur maklumat, dasar dan peraturan Majlis kepada penduduk.Menggalak penyertaan penduduk dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis.Memantau aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai persatuan penduduk disetiap zon.Melaksanakan aktiviti Local Agenda 21 kearah pembangunan mampan didalam kawasan Majlis Daerah Kuala Langat.
3- PERHUBUNGAN MPP DENGAN PBT.
Pengerusi, Tim.Pengerusi, SetiaUsahaMPP serta AJK MPP majlis Daerah Kuala Langat boleh berurusan secara terus dengan Ahli Majlis atau PBT melalui Unit Aduan, Perhubungan Awam& Koperat, Majlis Daerah Kuala Langat.Sebarang permasaalahan penduduk atau cadangan projek serta program yang dicadangkan oleh MPP boleh dibawa dalam masyuarat Jawatankuasa Kecil Tetap Majlis Daerah Kuala Langat yang akan dipengerusikan oleh yang Dipertua Majlis Daerah (YDP).Pihak PBT boleh menjemput MPP untuk menghadiri seminar, bengkil atau perundingan sekiranya terdapat sebarang isu pertikaian, salah faham, perkara serta apa-apa isu yang berkaitan dengan penduduk seperti projek pembangunan atau lain-lain perkhidmatan Majlis.
4- STRUKTUR ORGANISASI MPP MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT.
Struktur Organisasi MPP dibahagi 2 peringkat iaitu MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK (MPP INDUK) dan JAWATANKUASA MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK (MPP ZON). Tempoh perlantikan Ahli Jawatankuasa MPP mengikut tempoh perlantikan Ahli Majlis.
4.1- Organisasi MPP Induk.
Pengerusi ; YDP MDKLgt.
Tim Peng ; Setiausaha YDP MDKLgt.
Setiausaha ; Pen. Peg. Penerangan MDKLgt.
Bendahari ; Akauntan MDKLgt.
Ahli Jawatankuasa ; Semua Ahli Majlis
:Ketua Jabatan
:Ketua Bahagian
:Ketua Unit.
4.2- Bidang tugas MPP Induk.
4.2.1- Masyuarat setiap 3 bulan sekali sekurang-kurangnya atau apabila perlu- Jawatankuasa MPP Induk.
4.2.2- Kuasa melantik dan memecat AJK MPP Zon.
4.2.3- Memantau dan meluluskan semua jenis aktiviti yang hendak dijalankan oleh MPP Zon.
4.2.4- Meluluskan peruntukan keuwangan MPP Zon mengikut pembahagian peruntukan.
4.3- Organisasi MPP Zon.
Pengerusi ; Ahli Majlis
Tim. Pengerusi ; Dilantik oleh Pengerusi MPP ZON
Bendahari ; Dilantik oleh Pengerusi MPP Zon
Setia Usaha Kerja ; Dilantik oleh Pengerusi MPP ZonAhli
Jawatankuasa ; Wakil pelbagai Persatuan;-
:Lain-lain mengikut budi bicara Peng Zon
4.4- Bidang tugas MPP Zon.
4.4.1- Mengadakan masyuarat MPP Zon setiap bulan. Semua MPP Zon beroperasi dipejabat khas yang diberinama Pusat Khidmat Ahli Majlis di Zon masing-masing.
4.4.2- Mencalonkan nama Ahli MPP Zon kepada MPP Induk. Merancang dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan insan diZon masing-masing.
4.4.3- Merapatkan hubungan antara majlis dan penduduk melalui pelbagai aktiviti seperti gotong royong, dailog, ceramah, sukanika dan aktiviti semasa.
4.4.4- menyalorkan pelbagai maklumat majlis kepada penduduk terutama perkara berkaitan dasar-dasar majlis, kempin kebersihan dan aktiviti semasa.
4.4.5- Menyalurkan pelbagai aduan, masaalah dan permohonan penduduk kepada majlis.
4.4.6- Mendapatkan kelulusan penggunaan bajet dari MPP Induk atau Yang Dipertua/ Setiausaha Majlis dengan terlebih dahulu bagi semua aktiviti yang hendak dijalankan disetiap Zon.
4.4.7- Membuat tuntutan yang disertakan dengan resit atau sebutharga dalam tempoh 14 hari dan setiap tuntutan hendaklahdi atas nama pembekal atau mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Majlis.
4.4.8- Mengemukakan laporan masyuarat bulanan MPP Zon kepada MPP Indok pada setiap bulan.
4.4.9- Menyiapkan laporan bergambar setiap kali ada aktiviti atau pun program kemasyarakatan.
4.4.10- Memantau aduan melalui sistem e-aduan atau secara bertulis untuk maklum balas masyarakat.
4.5- Bidang Tugas Pengerusi MPP Zon.
4.5.1- Mengatur, merancang dan mempengerusikan masyuarat bulanan MPP Zon secara berjadual setiap bulan.
4.5.2- Memantau pentadbiranMPP Zon dan Pusat Khidmat Ahli Majlis.
4.5.3- Merancang dan menjalankan aktiviti untuk pendudukdi Zon masing-masing.
4.5.4- Mengawal dan memantau urusan keuwangan MPP Zon dan Pusat Khidmat Ahli Majlis. Penyaluran peruntukan keseluruhan dibahagikan kepada 2 kali setahun iaitu berdasarkan penggunaan 50% untuk setengah pertama (Januar- Jun) dan 50% lagi untuk setengah tahun ke2 (Julay- Disember) pada tahun ysng sama.
4.5.5- Menghadiri setiap MPP Induk yang diadakam.
4.5.6- Mengemukakan laporan bulanan bergambar setiap aktiviti MPP Zon kepada setiausaha MPP Induk 3 hari sebelum masyuarat MPP Induk.
4.5.7- Menjadi tempat rujukan kepada penduduk setempat mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Majlis Daerah Kuala Langat.
4.5.8- Bertanggungjawab memastikan kawasan kawalan mereka berada didalam keadaan baik dan melaporkan kepada Majlis Daerah Kuala Langat, perkara-perkara yang memerlukan tindakan.
4.5.9- Menerima aduan dari penduduk dan merujuknya kepada Majlis Daerah Kuala Langat.
4.5.10- Memelihara nama baik Majlis diperingkat Zon.
4.5.11- Lain-lain peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan dan ditentukan dari masa kemasa.
4.6- Bidang Tugas Timbalan Pengerusi.
4.6.1- Membantu Pengerusi menjalankan tugasnya. Mempengerusikan masyuarat Jawatankuasa semasa ketiadaan Pengerusi.
4.6.2- Menghadiri masyuarat MPP Induk setiap kali diadakan.
4.6.3- Mengemukakan laporan bulanan bergambar setiap aktiviti MPP Zon kepada Setiausaha MPP Induk 3 hari sebelum masyuarat MPP Induk.
4.6.4- Menjadi tempat rujukan kepada penduduk setempat mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Majlis Daerah Kuala Langat.
4.6.5- Bertanggungjawab memastikan kawasan kawalan mereka berada didalam keadaan baik dan melaporkan kepada Majlis Daerah Kuala Langat, perkara-perkara yang memerlukan tindakan.
4.6.6- Menerima aduan dari penduduk dan merujuknya kepada Majlis Daerah Kuala Langat.
4.6.7- Memelihara nama baik Majlis diperingkat Zon.
4.6.8- Lain-lain peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan dan ditentukan dari masa kemasa.
4.7- Bidang Tugas Bendahari.
4.7.1- Bertanggungjawab atas pentadbiran keuwangan Jawatankuasa MPP Zon.
4.7.2- Menyimpan sebuah buku kira-kira untuk merekodkan segala wang yang dibelanjakan oleh Jawatakuasa.
4.7.3- Menyimpan sebuah buku Derma untuk merekodkan butir-butir berkenaan derma yang diterima/ dimajukan kepada Jawatankuasa.
4.7.4- Menyimpan sebuah Buku Catatan Harta untuk merekodkan semua butir-butir berkenaan stor/ harta yang diterima/ dikeluarkan termasuk yang dibeli oleh Jawatankuasa sendiri.
4.7.5- Menerima wang dan membuat bayaran yang telah diluluskan oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi MPP Induk.
4.7.6- Lain-lain peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan dan ditentukan dari masa kemasa.
4.8- Bidang Tugas Setiausaha Kerja.
4.8.1- Setiausaha Kerja adalah kakitangan yang telah dilantik oleh Pengerusi Zon yang bertanggungjawab kepada Pengerusi MPP Zon.
4.8.2- Bertanggungjawab urusan pentadbiran MPP Zon diPusat Khidmat Ahli Majlis iaitu membuka pejabat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
4.8.3- Menyiapkan laporan perbelanjaan bulanan dan menyerahkan kepada Setiausaha MPP Induk
4.8.4- Menghadiri masyuarat MPP Zon setiap kali diadakan.
4.8.5- Menerima, menjawab dan mengenalpasti aduan diZon masing-masing secara bertulis/online.
4.8.6- Menjalankan kerja-kerja pentadbiran seperti surat menyurat, sistem fail, aduan dan pembayaran pelbagai bil.
4.8.7- Menjaga kebersihan dan memastikan peralatan pejabat yang ditetapkan diPejabat Khidmat Ahli Majlis sentiasa dalam keadaan baik.
4.8.8- Memastikan bekalan peralatan pejabat seperti kertas, sampul surat, alatulis dan sebagainya untuk kegunaan MPP Zon mencukupi dan mendapatkan bekalan daripada Majlis Daerah Kuala Langat.
4.8.9- Mencatitkan minit mesyurat dan menyediakan salinan minit untuk maklumat dan/atau tindakan ahli-ahli Jawatankuasa.
4.8.10- Menguruskan surat menyurat dan pentadbiran am.
4.8.11- Menarik perhatian Pengerusi mengenai perkara-perkara penting yang mungkin berbangkit dari masa kesemasa.
4.8.12- Membantu Pengerusi merancang kegiatan-kegiatan/ aktiviti MPP.
4.8.13- Mengurus perjalanan program/ kegiatan aktiviti sehingga selesai.
4.8.14- Lain-lain peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan dan ditentukan dari masa kemasa.
4.9- Bidang Tugas Jawatankuasa (AJK) MPP Zon.
4.9.1- Pengerusi MPP Zon bertanggungjawab mengenal pasti dan mencalonkan senarai nama untuk dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa MPP Zon kepada MPP Induk.
4.9.2- AJK bertanggungjawab kepada Pengerusi Zon MPP masing-masing.
4.9.3- Kriteria perlantikan AJK MPP Zon ialah Pengerusi atau Setiausaha pelbagai persatuan penduduk/ Surau/ Masjid/ rela/ Rukun Tetangga/ badan-badan NGO atau individu yang difikirkan sesuai yang boleh sumbangan terhadap pembangunan MPP.
4.9.4- Jumlah maksimum AJK MPP Zon ialah 15 orang dan tempoh perlantikan adalah mengikut sesi perlantikan Ahli Majlis. Sijil lantikan beserta tempoh akan dikeluarkan oleh MPP Induk.
4.9.5- Wakil adalah tidak melebihi 2 orang daripada setiap Persatuan atau Badan (mempunyai jawatan yang berbeza) yang disebut dipara 4.9.3 yang boleh dilantik menjadi AJK MPP Zon.
4.9.6- Membantu majlis menjayakan aktiviti diperingkat Zon.
4.9.7- Pengerusi MPP Zon boleh mengemukakan cadangan untuk memecat AJK yang didapati tidak sesuai kepada MPP Induk. Kuasa melantik dan memecat adalah kuasa MPP Induk.
4.9.8- AJK MPP Zon tidak mempunyai kuasa tertentu seperti seperti mana penjawat awam
4.9.9- Lain-lain peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan dan ditentukan dari masa kemasa.
5- AKTIVITI MPP INDUK DAN MPP ZON.
Aktiviti/ Program MPP telah dibahagikan kepada 2 kategeri iaitu;
5.1- Aktivi yang dianjurkan sepenuhnya oleh pihak Majlis.
5.1.1- Gotong royong dari semasa kesemasa.
5.1.2- Sambutan perayaan- Semua Perayaan Utama bagi 3 kaum dan lain-lain perayaan yang difikirkan sesuai.
5.1.3- Aktiviti mesra rakyat.
5.1.4- Aktiviti sukan/ senamrobik.
5.1.5- Persidangan MPP MDKL (2 sekali setahun).
5.1.6- Pertandingan kejiranan terbaik. Kriteria pemilihan adalah berdasarkan MPP Zon yang paling aktif dan berjaya menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan menyatupadukan penduduk serta menceriakan kawasan masing-masing.
5.2- Aktiviti usahasama antara pihak Majlis dengan lain-lain organisasi yang terdapat dalam Daerah Kuala Langat dan luar Daerah seperti;
5.2.1- Kempin pembasmian denggi oleh pejabat Kesihatan.
5.2.2- Forum Hal Ehwal Islam bersama Pejabat Agama Islam.
5.2.3- Taklimat mahir IT bersama Pensyarah/ Pelajar Universiti (ILP, Kolej Komuniti, MCS dll)
5.2.4- Taklimat penjagaan Kesihatan/ Pemeriksaan Kesihatan bersama Pejabat Kesihatan.
5.2.5- Taklimat mengindahkan Landskap bersama Pensyarah UPM.
5.2.6- Seminar motivasi anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah.
5.2.7- Lawatan sambil belajar.
5.2.8- Sebarang usahasama mana-mana organisasi untuk aktiviti-aktiviti berbentuk pengisian rohani, moral dan etika serta berbentuk ilmiah yang akan ditentukan dari masa kesemasa.
6.- PERLAKSANAAN AKTIVITI.
6.1- Semua program dan aktiviti yang hendak dijalankan perlu dirancang bagi tempoh 1 tahin.
6.2- Semua aktiviti mesti dibincangkan dan dipersetujui diperingkat Ahli Jawatankuasa MPP Zon terlebih dahulu.
6.3- Semua aktiviti hanya boleh dijalankan selepas mendapat kelulusan MPP Induk.
7- SUMBER KEUWANGAN.
7.1- Peruntukan MPP Zon.
7.1.1- Setiap Ahli Majlis akan diberikan peruntukan tertentu bagi setiap tahun bagi tujuan perlaksanaan aktiviti/ program kemasyarakatan.
7.1.2- Ahli Majlis yang dilantik menjadi Pengerusi Zon diamanahkan untuk merancang perbelanjaan mengikut bajet bagi setiap Zon masing-masing.
7.1.3- Pindaan peruntukan boleh dilakukan dengan mendapat kelulusan daripada Masyurat penuh Majlis Daerah Kuala Langat.
7.1.4- Peruntukan Ahli Majlis perlu dibelanjakan secara tertib dan teratur serta mematuhi segala prosedur keuwangan semasa yang telah ditetapkan. Corak perbelanjaan mestilah disusun rapi supaya menggambarkan perbelanjaan yang terancang dan berhemah sepanjang tahun.
7.2- Sumbangan/Penajaan.
7.2.1-MPP Zon tidak dibenarkan mencari sumber keuwangan sendiri atau memohon sumbangan atau penajaan daripada mana-mana pihak KECUALI mendapat kelulusan Yang Dipertua sahaja.
7.2.2- MPP Zon juga boleh menjaga mana-mana persatuan/ apa jua bentuk program yang diluar perancangan aktiviti MPP Induk atau tanpa kelulusan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.
7.3- Program Majlis Daerah Kuala Langat bersama MPP.
7.3.1- Aktivi MPP perlu mendapat kelulusan Pengerusi Zon dan Yang Dipertua sebelum ia dilaksanakan. Aktiviti yang dipertimbangkan untuk dilaksanakan merangkumi perkara-perkara berikut;
Program sosial seperti gotong royong, Majlis tahlil, kenduri rakyat, program anak angkat dan sebagainya.
Program kecergasan seperti sukan, senamrobit, pertandingan lumba basikal, pertandingan bola asepak dan sebagainya.
Program berbentuk pendidikan seperti pendedahan ICT, taklimat pengindahan landskap, lawatan ketempat bersejarah/ berteknologi tinggi, ceramah motivasi diri dan sebagainya.
7.3.2- Berikut adalah perkara-perkara yang dibenarkan keatas penggunaan peruntukan MPP;
Pembelian perabot, kenderaan dan sebarang peralatan pejabat (seperti mesin fotostat).
Sebarang pembayaran bil semasa, bil eletrik,bil air, talipon dan sebagainya (kecuali yang telah diluluskan).
Sebarang bentuk sumbangan kepada mana-mana persatuan atau NGO.
Pemberian atau aktiviti yang dilaksanakan tanpa pengeluaran borang permohonan. Tempoh permohonan adalah sekurang-kurangnya 3 hari sebelum sesuatu program berlangsung.
7.3- Walau bagaimanapun, Yang Dipertua boleh mengguna budibicara untuk meluluskan mana-mana permohonan yang dianggap bersesuaian untuk kepentingan awam/ orang ramai.
7.4- Program Usahasama.-
7.4.1- MPP Zon boleh menjalankan aktiviti atau projek uasahasama dengan mana-mana pihak dengan terlebih dahulu mendapatkan persetujuan Yang Dipertua. Kertas kerja perlulah disediakan dengan menyatakan tujuan serta perincian kos untuk penganjuran program tersebut.
7.5- Kerja-Kerja Auditan& Program Kualiti.
7.5.1- Pihak MPP Zon tidak terkecuali dari kerja-kerja auditan dalaman yang diuruskan oleh Bahagian Audit Dalam.
7.5.2- Semua pejabat MPP Zon haruslah mengamal prosedut kualiti yang ditetapkan.
8.- PINDAAN KEPADA GARIS PANDUAN MPP MDKLgt.
8.1- Jawatankuasa MPP Induk boleh meminda atau mengubah mana-mana peruntukan di dalan garis panduan ini pada bila-bila masa.
9.- PERUNTUKA-PERUNTUKAN AM
9.1- Jika terdapat apa-apa pertikaian mengenai tafsiran, pengertian, maksud atau erti mana-mana perkara dalam garis panduan ini atau perbahasan yang terkandung dalam perkara itu, mana tafsiran, pengertian, maksud atau erti yang ditentukan dan ditetapkan oleh Jawatankuasa MPP Induk adalah muktamad.
9.2- Jika berlaku sesuatu akibat atau sesuatu keadaan dimana tidak ada kaedah tertentu dalam garis panduan ini, tafsiran dalam jawatankuasa MPP Induk bagi kepentingan majlis penduduk dan menurut undang-undang dan acara yang berhubung dengan pertubuhan adalah muktamad.
9.3- Jawatankuasa MPP Induk boleh membuat kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang berlawanan dengan peruntukan garis panduan ini bagi melaksanakan yang berkesan akan peruntukan-peruntukan garis panduan ini dan tujuan-tujuannya.
9.4- Jika terdapat kaedah tertentu dalam garis panduan ini atas segala hal yang berkaitan dengan pengurusan, kaedah pengurusan yang piawai bagi pentadbiran sesuatu jabatan atau persatuan bolehlah digunakan.
Disediakan oleh;
Unit Aduan, Perhubungan Awam Dan Koperat
Majlis Daerah Kuala Langat.
No comments:
Post a Comment